Tuesday, August 17, 2010

Berlagak Ke Camni?

Muka aku tengah berlagak camni la kot
(pic source:fotomedia.com.my)


Ok, aku tanya terus kepada titik, berlagak tu apa? Sebenarnya definisi setiap benda ni berbeza bagi semua orang. Faktanya, kita takkan boleh buat setiap orang puas hati dengan apa yang kita buat.

Dulu aku anak orang kaya, bapak aku GM sebuah ladang kelapa sawit. Kalau orang panggil bapak aku encik, aku akan tanya kenapa tak panggil bapak, Tuan? Bila aku teringat balik apa yang aku dah buat dulu, bagi aku tindakan aku itu berlagak.

Sekarang aku bukan anak orang kaya lagi, bapak aku hanya seorang penternak. Tapi mak bapak aku belikan aku sebijik kereta, aku bawak pegi universiti supaya senang nak pegi kelas atau bergerak kemana-mana.

Sebelum ni aku bergerak kat universiti naik basikal je. Ke hulu ke hilir naik basikal. Ada orang kata benda macam ni pon berlagak. Contoh? "hek'eleh...berlagak betul mamat tu, sekarang dah ada kereta boleh la ke hulu ke hilir"

Kenapa? Nak aku naik basikal lagi ke? Aku ok je, cuma apa guna mak bapak aku bagi kereta. Kalau orang nak pinjam kereta aku memilih gak pasal dulu orang pinjam kereta aku, terlanggar lubang pastu bumper nak tercabut.

Nasib baik aku perasan kalau tak dorang buat bodoh je la macam takde apa-apa jadi. Sebab tu bila ada orang nak pinjam kereta orang cakap aku berlagak. Contoh? "Nak pinjam kereta kejap pon tak boleh. Kedekut! Belagak kau ek dengan aku, tunggu la kau susah nanti."

Aku bukan taknak bagi tapi kau bertanggungjawab tak kalau langgar lubang lagi?bumper nak tercabut lagi? Kau buat bodoh je kan. Aku rasa tertipu.

Bagi aku sesetengah orang berlagak bukan dorang nak berlagak. Tapi kadang-kadang dorang ada hak dan amanah yang perlu dijaga. Bukan kedekut, bukan berlagak. Tafsiran daripada diri kita sendiri yang perlu diubah.

Aku percaya ramai ada pengalaman dikata berlagak tapi hakikatnya bukan niat kita kan? Sila kongsikan pengalaman anda okeyh.

Thursday, August 12, 2010

Benarkah Lelaki Kidal....?

Mengikut kajian, lelaki kidal ni lebih kreatif dalam bidang seni. Selain tu gak lelaki kidal dikatakan lebih cekap dalam pengiraan matematik. Tapi kajian dari mana?

Kajian lagi. Kajian mendapati lelaki kidal lebih terdedah kepada risiko pertukaran jantina. Benarkah? Atau sekadar propaganda untuk menjauhkan gadis2 comel terhadap lelaki kidal kerana gadis2 comel sememangnya mahukan lelaki yang gagah perkasa ataupun lelaki tulen.

Kepada gadis2 comel diluar sana, jangan terlalu percaya dengan kajian sebegini ok.

~Apa pula kata anda readers sekalian???



Lefthended~rockkuuuuu!

Wednesday, August 11, 2010

Sudah Tukar Ka?

ok2, Sebenarnya takde isu pon atas pertukaran nama blog ni. Tak de kaitan dengan pertukaran nama penaja mahupun pertukaran kelab serta perpindahan pemain2 kat EPL.

Cuma untuk mengaktifkan kembali blog yang dah lama bersawang ni. Disebabkan aku ni agak suka mencarut, jadi blog ni dibuat atas kesedaran fizik dan juga dedikasi kepada semua wanita2 yang tak suka lelaki mencarut.

Jadi, dengan tagline yang diguna pakai blog ni tak kan post entri2 yang ada perkataan lucah, carutan dan seangkatan dengannya. Dengan ini, sempena Ramadan yang mulia ini marilah kita sama2 bersukan demi meningkatkan prestasi dan juga stamina kita.

Akhir kata, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!