Tuesday, October 12, 2010

Sila Kurangkan Penggunaan Beg Plastik (Lets Go Green!)

source:kosmo!online

Pegi kedai beli barang dapat beg plastik, tiap2 ari bli makanan dapat beg plastik. 2 kali sehari beli makanan kat kafe/kedai pastu bungkus bawak balik rumah campur lak dengan plastik air minuman.

Kita boleh kira sorang bazirkan 1460 beg plastik dalam setahun kalo amek kira beli makanan n minuman saje. kalo 1000 orang? Kat Malaysia saje de bape juta orang? Tu baru setahun, belum 5 ke 10 tahun. Tak ke bertimbun plastik2 kat bumi ni?

Ok, kenapa kita perlu kurangkan penggunaan beg plastik ni? Sebab plastik ni bende alah yang jenis susah nak terurai. Bahasa kampungnye susah nak reput la. Kena amek mase bertahun tahun baru reput. Kalo tanam pon susah nak reput.

Lagipon, plastik ni bile terbakar akan mengeluarkan macam2 jenis bahan kimia yang boleh merosakkan alam sekitar dan boleh mengancam kesihatan kita. Banyak keburukan jadi kita kena la kurangkan penggunaan beg plastik ni.

So, kalo kita rase bertanggungjawab nak selamatkan alam sekitar dan tak nak idup dalam timbunan plastik, kita cuba la kurangkan penggunaan beg plastik tu. Kalo agak2 beli barang kat kedai boleh pegang dengan tangan je sume barang tu tak payah la mintak plastik. Beli makanan tak payah la mintak plastik. tak pon bawak je bekas makanan sendiri.

Kalau kita boleh kurangkan penggunaan 4 beg plastik sehari untuk makan minum saje, kita boleh kurangkan pembaziran 1460 beg plastik setahun. Ajak la kawan2 skali kurangkan penggunaan beg plastik ni.

Khidmat masyarakat dari Ini Blog Sopan, Sayangilah Bumi Kita Sepertimana Kita Menyayangi Girlfriend/Boyfriend Kita.

Monday, October 11, 2010

3...2...1...Go!!

Hari ni bukak facebook baru aku tau de kemalangan ngeri kat n9. De la gak kebaikan facebook ni rupenye. Nak bace paper payah sangat, bukak facebook.

Kemalangan yang jadi tu libatkan 2 bas, 3 bijik kete dengan sebijik van. Yang tak tahan kete kena hempap la, pedih je rase. Ni yang tak leh blah ni, kadang2 kemalangan sebab orang lain, orang lain jadi mangse, dah sampai ajal, Innalillah....Takziah kepada semua yang terlibat.

source:mymetro

Biasa sangat aku tengok bas ni main race2, member aku yang balik jauh2 naik bas pon selalu cite driver bawak bas laju gile. Tak kire kat mane pon. Dengar cite kat genting lagi laju dorang drive. Alasan sebab nak kejar time untuk next trip.

Kalau sape2 nak tengok video ke gambar bleh la cari sendiri kat facebook tu. Banyak sangat dah orang share. Bukan nak aib orang tapi untuk pengajaran supaya jangan nak race2 kat jalan raya. Driver bas yang selalu bace blog ni gak beringat sikit. Ngko bawak orang ramai2 tak payah nak bahayakan nyawa orang.

Lagi 1, naik kete jangan lupa pakai seatbelt, macam aku tadi dari jauh dah nampak polis buat roadblock, siap kuar i.c n lesen tapi tak pakai seatbelt. Nasib baik abang polis tak perasan. Kang rugi siap awal2 kuar i.c n lesen pastu kena saman. Pakai seat bukan untuk elak kena saman tapi untuk keselamatan jalan raya.

Pesanan ringkas dari Ini Blog Sopan, disahkan oleh JAKIM.