Thursday, December 29, 2011

Serunding Mak

Selasa lepas mak buat kenduri
Untuk anak kesayangan mak
Dapat masuk UTM skudai
Mak masak macam macam.

Tapi dalam macam macam tu
Angah paling suka serunding mak
Tah kenapa lepas mak masak serunding
Angah pon mula ketagih serunding
Angah penah beli serunding kat kedai
Tapi tak sedap macam mak buat.

Kalau tak takkan anak makcik miha yang belajar kat mesir tu mintak pos kan serunding mak sampai sana.
Esok angah nak balik
Harap harap ada lagi serunding mak

I love u mak

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 29, 2011

today is tuesday

Social Site

some
i've found on facebook

ahmad akmal(own's)
aliff sahaja
mudax mucux

i
i just..
i'm just fuck with that

P/s: i'm alive!

Sunday, November 27, 2011

Harimau Muda, Make My Blood Pressure Upside Down

Watching football
Malaysia vs Bahrain
At first give me strength
But at last, its totally lost.

Please win next time
Give me joy like football final in sukan sea 2011.

P/s:Selamanya Harimau Malaya

posted from Bloggeroid

Banging to Death

Yesterday
I try to commit suicide by swallow bunch of pills

Now
I'm at hospital
Checking on my tummy

I love my love.

P/s: this is the second time,

posted from Bloggeroid

Walking on the Edge

today
i feel like
i'm walking on the edge
coz i've swallow a bunch of pills

pray for me
i'm stupid rite?
love make me like this
please smile if i die

Thursday, November 24, 2011

100% Malay

^*&%#%$ (*^%$# $#%@# (mandarin lang)
"sorry aunty, i'm malay"

hello, do you have time?
"ye, ade bang, npe?"
ouh, melayu, ingat cina.
"saya pure malay bang."

it's just a little
i think its more than that
people tought that i'm chinese
but until now
i'm still confuse


"where, and what on my face show that i'm look like chinese?"

i'm proud to be malay, pure malay.
and i'm super proud to be malaysian. tanah air ku.

Sunday, September 11, 2011

Promotion: Nokia N97 Untuk Dijual

Promotion: Nokia N97 untuk dipindah milik.
Kondisi cemerlang, 90% scratchless, 100% functional
harga: RM550 (boleh la nak tawar menawar macam kat pasar tu sikit-sikit)
reason nak jual? Pasal dah de si hensem galaxy sII (ehem2..heee)
berminat? Boleh emel ke




Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya..Merdeka??

Konichiwa!!

Hari ni dah masuk hari ke-3 kita semua seluruh rakyat Malaysia menyambut lebaran. Raya kali ini yang dikatakan cukup istimewa sebab jatuh hampir dengan sambutan kemerdekaan negara yang ke-54.

Tapi sambutan hari raya untuk diri aku sendiri sangat suram, dicemari insiden yang paling tak diingini. Tapi tak perlu lah dihebah-hebahkan hal peribadi.

Berbalik kepada sambutan merdeka raya. Sambutan yang sepatutnya menjadi suatu sejarah dipalit dengan isu Mat Sabu yang mengagung-agungkan komunis yang mengganas di negara kita dahulu.

Rasanya rata-rata semua tahu pasal isu ni. Jika anda ditempat waris-waris pejuang negara, apakah perasaan anda bila mendengar dakwaan Mat Sabu?

Disertakan di sini video ceramah beliau dengan dakwaan yang aku anggap paling bullshit dalam sejarah!



credit to pisau.net

p/s: aku rase sedih setiap kali bace pasal pejuang negara.sumpah!

Monday, August 22, 2011

Kelajuan Membunuh!

Nin hao!

Semalam aku telah mengembara mencari cinta sampai ke Alor Gajah, Melaka ditemani hujan lebat dikala makcik-makcik sibuk mencari juadah berbuka di bazar ramadan.

Dalam perjalanan selama 2 jam setengah tu, aku terlihat beberapa siri kemalangan yang boleh dikategorikan dari tahap 1 sampai ke tahap 3. Seingat aku, laluan dari Muadzam melalui jalan Kuala Pilah menuju ke Tampin seterusnya ke Alor Gajah, terdapat beratus papan tanda peringatan supaya berhati-hati dan mematuhi had laju. beribu-ribu mungkin!

Dalam siri kemalangan yang aku perhatikan, ada yang cuma mencium bontot kenderaan di hadapan dan ada yang sehingga meragut nyawa akibat terlanggar tiang eletrik (bukan tiang bendera). Kalau diikutkan semua rakyat Malaysia tahu bahawa kelajuan tu sangat berbahaya dan bolrh mrnyebsbksn kemstian tetapi masih berkeras hati.

Ada yang mahu menunjukkan kejantanan kenderaan masing-masing dan ada yang terkejar-kejar daging salai bazar ramadan yang xde la sedap mana pun. Susah nak atasi masalah ni.ni belum pun lagi masuk cuti raya kemalangan semakin meningkat setiap hari.

Dalam perjalanan pulang juga begitu, terdapat sebuah kereta terperosok ke dalam longkang di tepi jalan dan ada juga yang kemalangan melibatkan 3 kenderaan sekaligus yang mana menyebabkan aku lambat sampai ke rumah. Manusia...manusia....masih tak ambil iktibar dari peristiwa yang terjadi.

Kalau sebut pasal manusia, aku juga tergolong dalam kalangan itu walaupun perangai aku setaraf jin. Dalam perjalanan pulang, dek sebabkan kelajuan juga aku terlepas simpang dan hampir-hampir berjumpa hantu karak di bulan ramadan.kononnya mahu memperbaharui rekod 2 jam setengah supaya dipendekkan kepada 2 jam tetapi akibat kelajuan ditambah dengan malam gelap dan juga daya ingatan yang lemah mengingat jalan, aku terlepas simpang ke Muadzam.

dan hasilnya kelajuan boleh menyebabkan anda tiba lewat di destinasi anda. Saranan aku, pakailah basikal bersignal untuk menikmati hidup yang lebih sihat!

p/s:dah banyak kali lalu jalan yang sama masih tak ingat. Kelajuan atau kelupaan?

Friday, August 19, 2011

Lifeless

Serius! Ini kali pertama aku berbelog setelah sekian lama aku menyepikan diri, bukan
menghilangkan diri, bukan juga merusuh di kota London, tapi tiap kali aku on laptop,
bersedia untuk menulis, tak sampai 5 minit menatap paparan blogger posting, idea yang
mencurah-curah di kala aku berkhayal hilang entah ke mana.

Ok, enuff is enuff! Aku kalo dibiarkan membebel, rasanya sahur nanti belum tentu aku
jumpa titik noktah segala karut marut yang meleleh keluar dari mulut aku.

Berbalik kepada title entri kali ni, sekarang, dalam bulan puasa ni memang boleh dikatakan
lifeless, bangun tido, pergi keje, balik keje, tido, bangun tido, pergi keje, balik keje, tido!
Dah la boleh dikatakan bulan puasa kali ni la paling kurang aku beribadah. Konon ahli syurga
la kan tak nak cari cahaya bulan ramadan.

Punca ke-lifeless-an aku sejak akhir waktu ni sah disebabkan aku tersangat busy dengan kerja,
semangat mencari helaian-helaian kertas yang dipanggil ringgit. Hidup remaja yang seperti ini memang
aku tak pernah harapkan, sangat menyeksakan bagi aku, belum pun sampai waktu, aku
terpaksa mengerah tulang empat kerat aku.

Korang agak, benda kerja apa yang senang nak dapat ringgit tanpa sibuk menghabiskan masa
mengerah kudrat berjam-jam?niaga bazar ramadan?salah!jawapannya tido, boleh mimpi dapat
juta-juta, Nak jadi Donald Trump or Hefner pon boleh!

p/s:aku susah jenis susah nak tido,susah jugak nak mimpi dapat juta-juta! :(

Wednesday, July 20, 2011

Makan Itu Sedap

Sejak Jumaat lepas sampai la semalam aku buang masa lepak kat Melaka.

Dan aku dah set awal-awal, kalau datang lagi sekali, bukan makam hang tuah yang tak boleh dilepaskan tapi soal makan yang bagi aku memang kelas!

1st, seoul garden memang best!stail giler makan kat situ. tapi bagi aku kalau agak-agak dah 3,4 ari tak makan boleh la makan kat sini. korang boleh makan sampai kenyang, boleh tambah-tambah tapi kalau korang tak habis makan korang kena bayar wastage tu. bagi aku memang stail.

2nd, durian kat sini apsal murah giler? kalau kt pahang durian kampung je dah sama harga dengan musang king kat melaka. kat sana durian kampung sekilo 3hengget je. aku yang lebih suka durian kampung dari durian hybrid ni apa lagi, balun la 3bijik!

Tapi aku still tak rasa lagi masakan baba nyonya kt melaka, maybe next time aku cari tempat makan yang serve baba nyonya punya masakan yang paling stail!

ah!malas nak tulis panjang-panjang~

Monday, May 2, 2011

Seoul (Korea Herald / JST) - Smartphone, dengan lebih daripada 10 juta pengguna di Korea Selatan, adalah mengubah budaya kencan orang berusia 20-an dan 30-an, kaji selidik yang dilakukan oleh lembaga konsultasi perkahwinan Duo menunjukkan.

Duo tanya 294 orang belum berkahwin berusia antara 20 dan 39 tahun bagaimana smartphone mempengaruhi hubungan mereka dengan pacar mereka atau pacar.

Sebuah kekalahan 79,6 peratus dari mereka yang disurvei mengatakan smartphone mempengaruhi hubungan mereka dalam beberapa cara.

Tiga keuntungan terbaik daripada smartphone untuk hubungan mereka disenaraikan adalah: menjimatkan bil telefon dengan menggunakan perkhidmatan SMS percuma, di 41,5 peratus, akses yang lebih luas terhadap maklumat mengenai tempat-tempat kencan seperti restoran, sebanyak 29,7 persen; bertukar mesej bila-bila masa dan di mana-mana, di 20,8 peratus .

"Perkhidmatan texting Percuma atau panggilan telefon pasti menjimatkan kos telefon dan membuatnya lebih mudah bagi pasangan muda untuk bertukar mesej atau membuat panggilan," kata pelajar 25 tahun Choi Seung-jae.

"Kencan telah menjadi nyaman sebagai maklumat mengenai restoran yang bagus dan kupon diskaun menjadi lebih mudah diakses," kata pejabat pekerja 27 tahun Lee Bo-ram.

Namun, smartphone boleh menyebabkan masalah dalam hubungan juga.

Dari mereka yang disurvei, 37,7 peratus mengatakan bahawa tatap muka kenalan, pelukan dan ciuman menurun; 30,7 peratus mengatakan gangguan menjadi lebih kerap, dan 16,5 peratus mengatakan jumlah talian daripada tarikh tradisional meningkat.

"Itu membuat saya bosan dan kesal ketika pacar saya terus menatap smartphone ketika kita berkencan," kata pekerja pejabat 27 tahun Han Hyung-muda.

Sekitar setengah dari mereka yang disurvei mengatakan mereka telah bertengkar dengan pacar mereka atau pacar kerana smartphone.

Twitter atau Facebook merupakan pelaku utama bagi 44,5 peratus responden. Sekitar 32,8 peratus telah berkelahi ketika pacar mereka atau pacar menjadi terobsesi dengan smartphone mereka, dan 14,1 peratus mengatakan pengeluaran wang dalam aplikasi dan aksesoris mobile adalah alasan untuk perkelahian.

Sekitar 4,7 persen telah bertengkar lebih dari pacar atau mantan pacar memburu mereka.

"Ada kemungkinan bahawa pacar anda dapat mengetahui apa yang telah anda lakukan dengan membaca posting anda di Twitter atau Facebook yang anda pasti tidak mahu dia tahu," kata pejabat pekerja 30 tahun Choi Hee-jung.

"Saya pernah mendengar bahawa pasangan mendapat masalah ketika pacar mengetahui pacarnya itu menggoda dengan gadis-gadis di 'Siapa Disini.'"

"Siapa di sini" adalah sebuah aplikasi yang membolehkan anda untuk melakukan hubungan dengan orang dekatnya.

"Kita harus berfikir tentang apa yang hilang dalam kehidupan sehari-hari kita dibanjiri dengan komunikasi - apakah kita mengabaikan orang yang kita cintai," kata seorang sumber di Duo.


_________________________________________________________________
kencan?duo?pacar?

ouh!nampak sangat meng-google translate!

Sunday, May 1, 2011

Bangga Diri Sampai Mati

apa korg nak buat kalau korg ada kawan yang suka bangga diri?
Ok camni. Biar aku cerita dulu kisah 'kawan' aku ni.

Kawan aku ni dia punya bijak memang tahap dewa la, tap tah macam mana dia tak dapat first call utk sambung degree, dah la bijak tetibe tak dapat first call, nonsense kan? Tapi akhirnya dapat sambung degree gak lepas dia dapat second call. Tapi disebabkan bijak tahap dewa dia ni bengang la sikit sebab dapat sambung degree dgn tawaran masuk sebagai 1st year.

Dah bijak tahap dewa kan, sepatutnya masuk direct entry tahun 2 terus, maybe tahun 3 terus, sebab apa?sebab dia bijak tahap dewa.

Ok, tu ak nak cerita kebijaksanaan dia tu la, memang la dia pandai, tapi kalau pandai mana sekalipun tak payah la nak memburukkan orang lain. Hari tu ada la kawan aku sorang lagi ni dia nak tanya soalan Calculus kt si bijak tahap dewa tu, tengah elok-elok je tanya boleh pulak si bijak pandai ni cakap jangan pertikaikan jawapan dia, macam confirm betul la jawapan dia tu dan kata yang kawan aku tu lagi bodoh dari dia, tak payah nak pertikaikan jawapan si bijak pandai tahap dewa tu...

So, aku nak tanya korang la, ada tak kawan korang jenis yang macam ni, spesis bijak tahap dewa tapi berlagak bangga diri dan memburukkan orang lain je. Ada tak? Kalau ada apa korang buat n orang yang macam ni?


Tau la bijak tahap dewa, dah dapat 1st year tu dah cukup bagus dah. Alahhhh, belajar kt UMP je pun, nak berlagak apa la sangat, kawan aku ramai belajar kat universiti bagus-bagus lagi, ada kat oversea lagi, takde pun palat macam budak paling bijak kat UMP ni!

Sunday, April 3, 2011

Cara Berniaga di Facebook Yang Berkesan


Kalau nak berniaga sekali pun tolong la letak nama facebook yang ok sikit ye...
kot ye pun jual tuala wanita a.k.a pad tak payah la letak nama Ct Pad..
maaf...saya keterlauan...

Tuesday, March 22, 2011

FB Filtration

Tak lama dulu ada event apa tah kat kolej aku ni, then datang la ramli sarip dan beberapa orang lagi yang aku tak berapa kenal untuk menyampaikan puisi. Alkisah........

Maka aku dengan excited nak kenal dengan lebih dekat la pemuisi yang aku tak berapa nak kenal ni. Yela, sebab aku rasa dorang perform best dan boleh layan, aku search kat FB then terjumpa la dek di-suggest-kan oleh seorang member.

Then aku add la kan, nanti boleh la borak-borak pasal interest masing-masing, hope for that tapi yela, dia dah dikenali ramai mana nak borak-borak dengan manusia picisan macam aku ni ye dak?
Tak nak borak tak apa la. Tapi......

Lepas je dia approve, ak terus la tulis kat wall dia "lamanya nak approve, mesti bz gile ni, masyukk2", dan tak lama lepas tu dia post pasal nak filtering friends kt FB dia yang mana dia tak kenal dia nak reject!Aku macam sikit ter-touching di situ walaupun bukan ditujukan kat aku secara direct.


_____________________________________________________

Kat alam maya macam FB ni kita berkawan secara rambang, lagi-lagi awak tu orang seni dan public pun adore la kat awak tapi bila awak cakap yang awak nak filter-filter bagai nampak sangat awak ni jenis tak menghargai peminat kan?

Ye saya laki awak perempuan, tapi tak bermaksud pun yang saya nak usha awak wahai cik popular, saya pun tau awak ni dah bersuamikan abang botak, tak selera la saya kalau nak tackle awak, maklum la, saya suka yang fresh-fresh aje.

Haih awak ni, kalau la semua orang perasan bagus macam awak ni saya tak tau la macam mana kan, mungkin awak perform sorang-sorang dalam bilik tak pun perform depan kawan-kawan awak yang suka menjilat bontot tu aje.

Jap, awek saya jujur orangnya, kalau jumpa orang yang cantik dia cakap cantik tapi dia tengok gambar saya dengan awak dia kata adik dia jauh lagi cantik dari awak. Jangan nak perasan lebih, dah ada peminat pun dah cukup baik.

Chow!

Thursday, March 3, 2011

Guitarist Wannabe

dah berapa lama aku berangan nak belajar main gitar akhirnya tercapai. baru belajar main, belum handal lagi. isnin lepas aku gamble je beli gitar sebab aku pikir nak pinjam-pinjam gitar orang memang susah nanti nak belajar. tapi aku ada sikit tak puas ati. pasal gitar (gitar kapok la).

so, tips untuk korang yang first time nak beli gitar, aku sarankan check betul-betul harga gitar tu dengan kualiti, kalau kat tempat korang ada 2, 3 kedai alat muzik lagi bagus. usha dulu harga dan kualiti yang berpatutan.

aku cakap camni bukan apa, macam aku beli rm100 tapi macam tak puas ati lak sebab kualiti finishing patut harga dalam rm80 (bajet-bajet pandai sangat meneliti hasil buatan gitar ni!). tapi kira ok la finishing je yang tak kemas. jangan korang beli gitar nanti neck bengkok la, fret senget la, so, check betul-betul.

lagi 1 aku rasa macam bodoh pun ada, keluar pastu jumpa kedai alat muzik terus beli, memang gamble, patut ajak la member yang kalau tak hebat pun reti main gitar atau biasa main gitar keluar sekali at least dia dapat la tolong-tolong bagi cadangan gitar mana yang sesuai, tapi aku biasa la, amek paling murah. hasilnya aku tak tau pun gitar yang aku beli tali dia jauh dengan fretboard. memang lebam jari first time belajar note.

aku rasa yang tu je aku tak puas ati, tak ada apa sangat pun, yang penting belajar dulu bagi pandai sikit-sikit, ni nak strum-ing pun sangkut, banyak bunyi lak! aku memerlukan masa untuk pandai main gitar ni, tapi mungkin lama.

tapi overall aku puas ati la, sekarang pun dah kenal note, hope aku boleh main lagu lak tak lama lagi, wish me the best!

p/s:biasa beli gitar kapok ada warranty tak?

Wednesday, February 9, 2011

BILA AKU DAH BERANGAN JADI SEORANG PEKERJA

“Ah! Kau ni, kalau pasal aku semua tak betul”, aku kutuk dalam hati bos aku sendiri. Yela, mana tak bengang, aku tak tau buat kerja edit and screening yang dia suruh buat, aku tanya la, bila aku tanya kau cakap aku malas usaha. Tahi betul la. Kalau pasal lunatik semuanya betul kan?

..........................

Aku terpandang siling terbangun dari tidur. Sejak akhir-akhir ni aku confius yang konon-konon aku ni dah kerja padahal aku belajar pun tak habis. Huh~

Monday, February 7, 2011

BRA MYDIN PUNYA CERITA

Petang ni aku tengok awek rumah sebelah buat muka ketat je. Aku fikir macam biasa la dia penat baru balik kerja, tapi hari ni lain dia ada satu macam la.
Aku pandang atas bawah awek sebelah rumah ni. Geram je aku tengok tapi dah sebab dia buat muka ketat aku rasa baik aku geram2 dalam mimpi je. Kalau aku sibuk nak menggatal sekarang dapat pelempang sedas dua mungkin.
Dengan hati yang penuh musykil ni, aku terus tanya tak teragak-agak, “kenapa adinda bermuram durja?”
“Tension! Hari ni banyak kerja. Tak sempat nak beli bra kat mydin. Hmmph!”, awek sebelah rumah masam mencuka.
Ni la perempuan, kalau pasal shopping tak kira pasal apa pun nak tension tak tentu pasal. Pasal tak dapat shopping bra je pun. Buat muka ketat macam ada masalah besar!

Wednesday, February 2, 2011

50 SEN DAN PELAKON KOREA

Hari ni aku lunch makan nasi lauk ayam sekali dengan air nescafe ais. Aku bayar 5 ringgit tapi adik montel jaga kafe tu pulang balik kat aku 50sen. Aku kira-kira balik sepatutnya pulang balik seringgit 50sen. Aku pun tanpa segan silu suruh adik montel tu kira balik betul ke tak betul dia pulang baki. Last-last memang salah bagi baki.

Yang aku tak tahan ayat cover line baik punya.

“muka abang ni macam pelakon drama korea, terpesona saya sebab tu saya tersalah bagi baki ni .”

Kalau nak puji pun agak-agak la. Kalau dah sampai macam ni aku dah terasa macam kau perli aku je adik montel. Jangan sampai aku skuncuit sudah

Aku terus blah sambil adik montel terpinga-pinga tak tau skuncuit tu menatang hape.

Thursday, January 27, 2011

KENANGAN AISKRIM KACANG MERAH

Sementelah beberapa hari yang lalu aku dah start ponteng sedas dua kelas tutorial ( pehal pakai sementelah bagai?), terasa badan ni sengal2 yang amat sangat. Ouh! Mungkin bukan badan aku sengal2 tapi aku sendiri yang sengal sebab dah bangun pagi pastu sedang molek lagi setengah jam je kelas nak start aku sambung tido. Molek kan?

Dan macam biasa lepas jadi camni aku berazam tak nak sambung tido balik dah. Kalau boleh bangun seawal 6 pagi pastu terus study. Tapi aku rasa ni dah azam yang ke berapa juta aku pon tak kira. Gile nak kira azam sampai juta2! Tapi tadi aku pegi kelas ok. Aku bukan seteruk yang korang sangka. Aku datang kolej ni nak blaja tau! (ayat bak malaikat kan?)

Lepas segala sesi menuntut ilmu dan sesi sampingan iaitu sesi teropong bukit gebu di kelas, aku sepantas kilat cover balik pe yang aku dah tertinggal time kelas yang aku tak pegi tadi. Aku sambar je sume kertas2 kat rakan se-kelas, nak potostet sume benda haram jadah aku tak paham ni.

Sampai je dekat kedai potostet aku perasan ada satu bende yang lain. Awek potostet dah tuka, yang dulu gemuk tak cun sekarang dah macam lisa surihani tengah mandi pon ada iras2 sikit. Past yang aku paling suka time awek tu panggil aku ‘abang’.wahahaha! (efek terlebih, biasa la die nak panggil customer abang ke adik abang ke)

Aku buat2 segak suruh dia potostet ketas2 tu sambil buat mata menggoda nak bagi dia cair la konon2. Lepas siap dia potostet sume, tetibe je die ajak aku makan aiskrim. Dia nak belanja tapi aku cakap biar aku yang belanje dia, aku bayar aiskrim kacang merah harga 30sen dengan kertas not hijau sambil cakap keep the change.

Itu jam aku duduk betul2 sebelah dia, orang kata paha bergesel paha lah! Macam aku dah lama kenal awek ni pon ye gak aku rasa. Siap aku tolong bukak plastik aiskrim untuk dia lagi. Part yang ni aku suka, time nak bagi aiskrim tu kat dia, tangan kami tersentuh antara satu sama lain. Halluussssss!

Time dia makan aiskrim tu memang tu lah pemandangan yang paling indah, dengan mata dia yang redup macam amoi, aiskrim cair di bibir dia. Oh tidak! Aku hampir inzal, tapi aku cover baik punya. Last2 dia perasan aku dari tadi asyik pandang dia je, dia manja2 suruh aku makan aiskrim kat tangan aku tu.

Aku malu2 la, buat2 sopan sikit, dia pon suruh bukak mulut, siap suap aku aiskrim tu pastu suruh aku gigit. Tetibe aku rasa sakit. Time ni aku tak suka, aku tengok suasana yang tenang tadi tetibe bising gile. Aiskrim kacang merah yang aku gigit tadi keras gile dan telah menyebabkan lamunan aku bersama awek potostet terhenti.

Kalau dibiar lama cerita ni mau jadi cerita lucah!

(kenangan kecik2 dulu makan aiskrim kacang merah 30sen sangat sedap, tapi sekarang aiskrim kacang merah 30sen keras gile macam batu)

Wednesday, January 26, 2011

Tuju Laut

Lupa segala sengketa, dunia kotaraya,
ayuh dingin ke pantai, nikmati tuk bersantai,
kau dan aku kan bersatu bermula hidup yang baru,
aku ke laut engkau ke laut, meredah ombak yang laju,

air warna biru, damai ku selalu,
turun laut, kita tuju bersama,
biar lelah, kita tak mudah kalah,
tuju laut, kita harus bersama,
biar basah, kita rasa bahagia,


(The Rocketts in memories)

Tuesday, January 25, 2011

COKLET SEDAP!

Adeh! Tengkuk aku tetibe lak sakit ari ni. Dengan kelas kemain pack, dah la cuaca pon dah pandai main2. Kejap hujan kejap panas. Boxer aku dah tak rangup macam selalu. Aku pun satu, bukan dua, tak bawak payung lak ari ni. Terpaksa la redah beribu batu jauh nak pegi dekat kereta. Time camni la yang paling best. Awek2 se-kolej lari2 anak. Ah! Comel...


Sebelum Aku pegi makmal tadi panas, dalam setengah jam yang lepas tetibe je hujan. Cuaca sekarang memang susah nak ramal. Aku terpaksa tukar cita2 aku dari seorang pakar kaji cuaca kepada pembuat payung. Aku harap cita2 aku nanti akan membawa keuntungan kepada aku.


Time aku on the way balik tadi, tengah sedap2 aku melayan koleksi lagu amalina dan iwan, tetibe de je sorang pakcik tua tahan kereta aku kat tengah2 jalan. Nasib baik kaki aku laju. Cepat2 aku tekan brek, terseret tayar kereta sejauh 30meter. Kalau nak tau dulu aku la stuntman yang buat stunt dalam Evolusi k.l drift. Asalnya dapat jadi stuntman untuk 2 fast 2 furious tapi sebab tak cukup inci je aku kene rejek!


Berbalik pada pakcik tua tadi, dalam jarak lebih kurang 1inci je lagi aku nyaris terlanggar pakcik tu, kalau tak mesti pakcik tu dah bahagia di sana. Dengan muka selamba bak pierre andre, pakcik tu buat gaya macam orang tengah buat ais kacang. Aku tak berapa fasih bahasa orang2 tua ni. Dah lama aku pikir dalam 5minit baru aku paham maksudnya. Pakcik tu suruh aku turunkan cermin kereta, dia nak cakap dengan aku. Padan la aku tak dengar satu hape pon pakcik ni mencarut ape.


Dalam nada selamba tapi temengah-mengah, pakcik tua tu tanya aku soalan yang lagi susah dari soalan bernilai 1juta dalam who one to be a millionaire.


“Anak dah makan?”, pakcik ni buat2 muka suci.


“err...mesti la blom pakcik, saya kan baru je nak balik ni..nak belanje ke?”, aku jawap buat2 ramah macam dah kenal 20tahun


“haah!memang pakcik nak belanje kamu la ni, pakcik dari tadi dah tengok kamu macam letih je”, muke pakcik tua tetibe ceria berseri


“betul ke ni pakcik,heee, tapi saya tak kenal pakcik, pakcik jangan buat2 kenal saya lak!”, aku tetibe buat suara macam nak maki je


“eh! Pe pulak ni, pakcik nak bagi kamu coklet ni, pakcik dah tua tak boleh makan manis2, sebab tu pakcik bagi kamu”, pakcik siap kelip2 mate buat muka comel


“eh2, betul ke ni pakcik? Hee, ni coklet buat sendiri ni kan? Pandai pakcik buat”, aku sembang macam dah kat kedai kopi je


“betul la tu, memang buat sendiri, tapi anak gadis pakcik yang buat tau, cantik! Ayu lemah gemalai lagi”, pakcik tambah perisa sembang kedai kopi kami


Bila aku dengar je anak perempuan dia yang buat memang aku terus ambik la. Biar pon aku tak kenal anak dia tapi harap2 cun la kan, coklet ni mesti sedap. Kami pon berpisah la tak lama lepas tu. Pakcik tu siap selit no. Henpon anak dia lagi kat wiper kereta aku. Aku pon sengih tanda aka nada awek yang akan kena ngorat dalam masa tak sampai 2 minit.


Sampai je kat rumah aku tak hirau dah kat coklet buatan tangan pemberian pakcik tua tadi. Aku bagi pada kawan se=rumah. Dorang macam biasa, dapat makan free terkinja-kinja la macam beruk kena belacan. Aku amek henpon 3310 berkamera aku terus aku taip “hai awak yang comel”. tapi belum sempat aku tekan butang send tetibe je sorang kawan aku yang penah kena sengat tebuan tu menjerit.


Dia datang marah2 kat aku. Tanya aku siapa yang buat coklet tu, siapa yang bagi, buat dari apa dan macam2 lagi soalan bak inspektor polis soal siasat suspek kes bunuh dan kerat 18 je. Aku dalam takut dan blur aku jawap la selamba je cakap de pakcik tua bagi.


Kawan aku tadi nak lawan selamba dengan aku dengan lebih selamba dia jawap rasa coklet tu macam tahi, bau macam tahi, dan aku rasa memang tahi kot. Tapi aku tak sampai hati tengok kawan aku sambung makan habiskan coklet tu. Mungkin sedap sesedap ferrerereroroshhheeeiii.


Dalam kelam kabut campur serabut aku teringat cerita orang2 lama kat sini. Biasa tengah2 hari ada sorang pakcik gila yang berangan nak jadi orang kaya akan lalu kan jalan keluar masuk kat sini. Siapa yang layan pakcik tua tu biasanya akan terkena prank pakcik tua tu.


Bila aku ingat balik dari awal, dari balik, jumpa pakcik tua, pastu bagi coklet, sampai rumah, pastu kawan aku makan coklet rasa tahi, aku rasa aku dah terkena. Tapi aku rasa kawan aku lagi terkena. Terus aku tekan butang merah kt henpon aku tak jadi nak ngorat awek.


Aku terus naik katil buat2 tido mimpi awek2 kelas. Frust aku kena tipu dengan orang gila.


(cikgu aku dulu cakap, jangan percaya cerita2 camni, sah2 kena tipu!)