Thursday, January 27, 2011

KENANGAN AISKRIM KACANG MERAH

Sementelah beberapa hari yang lalu aku dah start ponteng sedas dua kelas tutorial ( pehal pakai sementelah bagai?), terasa badan ni sengal2 yang amat sangat. Ouh! Mungkin bukan badan aku sengal2 tapi aku sendiri yang sengal sebab dah bangun pagi pastu sedang molek lagi setengah jam je kelas nak start aku sambung tido. Molek kan?

Dan macam biasa lepas jadi camni aku berazam tak nak sambung tido balik dah. Kalau boleh bangun seawal 6 pagi pastu terus study. Tapi aku rasa ni dah azam yang ke berapa juta aku pon tak kira. Gile nak kira azam sampai juta2! Tapi tadi aku pegi kelas ok. Aku bukan seteruk yang korang sangka. Aku datang kolej ni nak blaja tau! (ayat bak malaikat kan?)

Lepas segala sesi menuntut ilmu dan sesi sampingan iaitu sesi teropong bukit gebu di kelas, aku sepantas kilat cover balik pe yang aku dah tertinggal time kelas yang aku tak pegi tadi. Aku sambar je sume kertas2 kat rakan se-kelas, nak potostet sume benda haram jadah aku tak paham ni.

Sampai je dekat kedai potostet aku perasan ada satu bende yang lain. Awek potostet dah tuka, yang dulu gemuk tak cun sekarang dah macam lisa surihani tengah mandi pon ada iras2 sikit. Past yang aku paling suka time awek tu panggil aku ‘abang’.wahahaha! (efek terlebih, biasa la die nak panggil customer abang ke adik abang ke)

Aku buat2 segak suruh dia potostet ketas2 tu sambil buat mata menggoda nak bagi dia cair la konon2. Lepas siap dia potostet sume, tetibe je die ajak aku makan aiskrim. Dia nak belanja tapi aku cakap biar aku yang belanje dia, aku bayar aiskrim kacang merah harga 30sen dengan kertas not hijau sambil cakap keep the change.

Itu jam aku duduk betul2 sebelah dia, orang kata paha bergesel paha lah! Macam aku dah lama kenal awek ni pon ye gak aku rasa. Siap aku tolong bukak plastik aiskrim untuk dia lagi. Part yang ni aku suka, time nak bagi aiskrim tu kat dia, tangan kami tersentuh antara satu sama lain. Halluussssss!

Time dia makan aiskrim tu memang tu lah pemandangan yang paling indah, dengan mata dia yang redup macam amoi, aiskrim cair di bibir dia. Oh tidak! Aku hampir inzal, tapi aku cover baik punya. Last2 dia perasan aku dari tadi asyik pandang dia je, dia manja2 suruh aku makan aiskrim kat tangan aku tu.

Aku malu2 la, buat2 sopan sikit, dia pon suruh bukak mulut, siap suap aku aiskrim tu pastu suruh aku gigit. Tetibe aku rasa sakit. Time ni aku tak suka, aku tengok suasana yang tenang tadi tetibe bising gile. Aiskrim kacang merah yang aku gigit tadi keras gile dan telah menyebabkan lamunan aku bersama awek potostet terhenti.

Kalau dibiar lama cerita ni mau jadi cerita lucah!

(kenangan kecik2 dulu makan aiskrim kacang merah 30sen sangat sedap, tapi sekarang aiskrim kacang merah 30sen keras gile macam batu)

No comments: