dah berapa lama aku berangan nak belajar main gitar akhirnya tercapai. baru belajar main, belum handal lagi. isnin lepas aku gamble je beli gitar sebab aku pikir nak pinjam-pinjam gitar orang memang susah nanti nak belajar. tapi aku ada sikit tak puas ati. pasal gitar (gitar kapok la).
so, tips untuk korang yang first time nak beli gitar, aku sarankan check betul-betul harga gitar tu dengan kualiti, kalau kat tempat korang ada 2, 3 kedai alat muzik lagi bagus. usha dulu harga dan kualiti yang berpatutan.
aku cakap camni bukan apa, macam aku beli rm100 tapi macam tak puas ati lak sebab kualiti finishing patut harga dalam rm80 (bajet-bajet pandai sangat meneliti hasil buatan gitar ni!). tapi kira ok la finishing je yang tak kemas. jangan korang beli gitar nanti neck bengkok la, fret senget la, so, check betul-betul.
lagi 1 aku rasa macam bodoh pun ada, keluar pastu jumpa kedai alat muzik terus beli, memang gamble, patut ajak la member yang kalau tak hebat pun reti main gitar atau biasa main gitar keluar sekali at least dia dapat la tolong-tolong bagi cadangan gitar mana yang sesuai, tapi aku biasa la, amek paling murah. hasilnya aku tak tau pun gitar yang aku beli tali dia jauh dengan fretboard. memang lebam jari first time belajar note.
aku rasa yang tu je aku tak puas ati, tak ada apa sangat pun, yang penting belajar dulu bagi pandai sikit-sikit, ni nak strum-ing pun sangkut, banyak bunyi lak! aku memerlukan masa untuk pandai main gitar ni, tapi mungkin lama.
tapi overall aku puas ati la, sekarang pun dah kenal note, hope aku boleh main lagu lak tak lama lagi, wish me the best!
p/s:biasa beli gitar kapok ada warranty tak?
2 comments:
org baru blajar patut beli gitar yg neck kecik baru senang nk hold note hehe..kalau jari panjang takpa lah hehehe
betul..nak tekan note B pon dah tergeliat jari pasal jari xbpe panjang n neck agak besa la...
Post a Comment