Monday, August 22, 2011

Kelajuan Membunuh!

Nin hao!

Semalam aku telah mengembara mencari cinta sampai ke Alor Gajah, Melaka ditemani hujan lebat dikala makcik-makcik sibuk mencari juadah berbuka di bazar ramadan.

Dalam perjalanan selama 2 jam setengah tu, aku terlihat beberapa siri kemalangan yang boleh dikategorikan dari tahap 1 sampai ke tahap 3. Seingat aku, laluan dari Muadzam melalui jalan Kuala Pilah menuju ke Tampin seterusnya ke Alor Gajah, terdapat beratus papan tanda peringatan supaya berhati-hati dan mematuhi had laju. beribu-ribu mungkin!

Dalam siri kemalangan yang aku perhatikan, ada yang cuma mencium bontot kenderaan di hadapan dan ada yang sehingga meragut nyawa akibat terlanggar tiang eletrik (bukan tiang bendera). Kalau diikutkan semua rakyat Malaysia tahu bahawa kelajuan tu sangat berbahaya dan bolrh mrnyebsbksn kemstian tetapi masih berkeras hati.

Ada yang mahu menunjukkan kejantanan kenderaan masing-masing dan ada yang terkejar-kejar daging salai bazar ramadan yang xde la sedap mana pun. Susah nak atasi masalah ni.ni belum pun lagi masuk cuti raya kemalangan semakin meningkat setiap hari.

Dalam perjalanan pulang juga begitu, terdapat sebuah kereta terperosok ke dalam longkang di tepi jalan dan ada juga yang kemalangan melibatkan 3 kenderaan sekaligus yang mana menyebabkan aku lambat sampai ke rumah. Manusia...manusia....masih tak ambil iktibar dari peristiwa yang terjadi.

Kalau sebut pasal manusia, aku juga tergolong dalam kalangan itu walaupun perangai aku setaraf jin. Dalam perjalanan pulang, dek sebabkan kelajuan juga aku terlepas simpang dan hampir-hampir berjumpa hantu karak di bulan ramadan.kononnya mahu memperbaharui rekod 2 jam setengah supaya dipendekkan kepada 2 jam tetapi akibat kelajuan ditambah dengan malam gelap dan juga daya ingatan yang lemah mengingat jalan, aku terlepas simpang ke Muadzam.

dan hasilnya kelajuan boleh menyebabkan anda tiba lewat di destinasi anda. Saranan aku, pakailah basikal bersignal untuk menikmati hidup yang lebih sihat!

p/s:dah banyak kali lalu jalan yang sama masih tak ingat. Kelajuan atau kelupaan?

No comments: