Monday, August 22, 2011

Kelajuan Membunuh!

Nin hao!

Semalam aku telah mengembara mencari cinta sampai ke Alor Gajah, Melaka ditemani hujan lebat dikala makcik-makcik sibuk mencari juadah berbuka di bazar ramadan.

Dalam perjalanan selama 2 jam setengah tu, aku terlihat beberapa siri kemalangan yang boleh dikategorikan dari tahap 1 sampai ke tahap 3. Seingat aku, laluan dari Muadzam melalui jalan Kuala Pilah menuju ke Tampin seterusnya ke Alor Gajah, terdapat beratus papan tanda peringatan supaya berhati-hati dan mematuhi had laju. beribu-ribu mungkin!

Dalam siri kemalangan yang aku perhatikan, ada yang cuma mencium bontot kenderaan di hadapan dan ada yang sehingga meragut nyawa akibat terlanggar tiang eletrik (bukan tiang bendera). Kalau diikutkan semua rakyat Malaysia tahu bahawa kelajuan tu sangat berbahaya dan bolrh mrnyebsbksn kemstian tetapi masih berkeras hati.

Ada yang mahu menunjukkan kejantanan kenderaan masing-masing dan ada yang terkejar-kejar daging salai bazar ramadan yang xde la sedap mana pun. Susah nak atasi masalah ni.ni belum pun lagi masuk cuti raya kemalangan semakin meningkat setiap hari.

Dalam perjalanan pulang juga begitu, terdapat sebuah kereta terperosok ke dalam longkang di tepi jalan dan ada juga yang kemalangan melibatkan 3 kenderaan sekaligus yang mana menyebabkan aku lambat sampai ke rumah. Manusia...manusia....masih tak ambil iktibar dari peristiwa yang terjadi.

Kalau sebut pasal manusia, aku juga tergolong dalam kalangan itu walaupun perangai aku setaraf jin. Dalam perjalanan pulang, dek sebabkan kelajuan juga aku terlepas simpang dan hampir-hampir berjumpa hantu karak di bulan ramadan.kononnya mahu memperbaharui rekod 2 jam setengah supaya dipendekkan kepada 2 jam tetapi akibat kelajuan ditambah dengan malam gelap dan juga daya ingatan yang lemah mengingat jalan, aku terlepas simpang ke Muadzam.

dan hasilnya kelajuan boleh menyebabkan anda tiba lewat di destinasi anda. Saranan aku, pakailah basikal bersignal untuk menikmati hidup yang lebih sihat!

p/s:dah banyak kali lalu jalan yang sama masih tak ingat. Kelajuan atau kelupaan?

Friday, August 19, 2011

Lifeless

Serius! Ini kali pertama aku berbelog setelah sekian lama aku menyepikan diri, bukan
menghilangkan diri, bukan juga merusuh di kota London, tapi tiap kali aku on laptop,
bersedia untuk menulis, tak sampai 5 minit menatap paparan blogger posting, idea yang
mencurah-curah di kala aku berkhayal hilang entah ke mana.

Ok, enuff is enuff! Aku kalo dibiarkan membebel, rasanya sahur nanti belum tentu aku
jumpa titik noktah segala karut marut yang meleleh keluar dari mulut aku.

Berbalik kepada title entri kali ni, sekarang, dalam bulan puasa ni memang boleh dikatakan
lifeless, bangun tido, pergi keje, balik keje, tido, bangun tido, pergi keje, balik keje, tido!
Dah la boleh dikatakan bulan puasa kali ni la paling kurang aku beribadah. Konon ahli syurga
la kan tak nak cari cahaya bulan ramadan.

Punca ke-lifeless-an aku sejak akhir waktu ni sah disebabkan aku tersangat busy dengan kerja,
semangat mencari helaian-helaian kertas yang dipanggil ringgit. Hidup remaja yang seperti ini memang
aku tak pernah harapkan, sangat menyeksakan bagi aku, belum pun sampai waktu, aku
terpaksa mengerah tulang empat kerat aku.

Korang agak, benda kerja apa yang senang nak dapat ringgit tanpa sibuk menghabiskan masa
mengerah kudrat berjam-jam?niaga bazar ramadan?salah!jawapannya tido, boleh mimpi dapat
juta-juta, Nak jadi Donald Trump or Hefner pon boleh!

p/s:aku susah jenis susah nak tido,susah jugak nak mimpi dapat juta-juta! :(

Wednesday, July 20, 2011

Makan Itu Sedap

Sejak Jumaat lepas sampai la semalam aku buang masa lepak kat Melaka.

Dan aku dah set awal-awal, kalau datang lagi sekali, bukan makam hang tuah yang tak boleh dilepaskan tapi soal makan yang bagi aku memang kelas!

1st, seoul garden memang best!stail giler makan kat situ. tapi bagi aku kalau agak-agak dah 3,4 ari tak makan boleh la makan kat sini. korang boleh makan sampai kenyang, boleh tambah-tambah tapi kalau korang tak habis makan korang kena bayar wastage tu. bagi aku memang stail.

2nd, durian kat sini apsal murah giler? kalau kt pahang durian kampung je dah sama harga dengan musang king kat melaka. kat sana durian kampung sekilo 3hengget je. aku yang lebih suka durian kampung dari durian hybrid ni apa lagi, balun la 3bijik!

Tapi aku still tak rasa lagi masakan baba nyonya kt melaka, maybe next time aku cari tempat makan yang serve baba nyonya punya masakan yang paling stail!

ah!malas nak tulis panjang-panjang~