Tuesday, October 12, 2010

Sila Kurangkan Penggunaan Beg Plastik (Lets Go Green!)

source:kosmo!online

Pegi kedai beli barang dapat beg plastik, tiap2 ari bli makanan dapat beg plastik. 2 kali sehari beli makanan kat kafe/kedai pastu bungkus bawak balik rumah campur lak dengan plastik air minuman.

Kita boleh kira sorang bazirkan 1460 beg plastik dalam setahun kalo amek kira beli makanan n minuman saje. kalo 1000 orang? Kat Malaysia saje de bape juta orang? Tu baru setahun, belum 5 ke 10 tahun. Tak ke bertimbun plastik2 kat bumi ni?

Ok, kenapa kita perlu kurangkan penggunaan beg plastik ni? Sebab plastik ni bende alah yang jenis susah nak terurai. Bahasa kampungnye susah nak reput la. Kena amek mase bertahun tahun baru reput. Kalo tanam pon susah nak reput.

Lagipon, plastik ni bile terbakar akan mengeluarkan macam2 jenis bahan kimia yang boleh merosakkan alam sekitar dan boleh mengancam kesihatan kita. Banyak keburukan jadi kita kena la kurangkan penggunaan beg plastik ni.

So, kalo kita rase bertanggungjawab nak selamatkan alam sekitar dan tak nak idup dalam timbunan plastik, kita cuba la kurangkan penggunaan beg plastik tu. Kalo agak2 beli barang kat kedai boleh pegang dengan tangan je sume barang tu tak payah la mintak plastik. Beli makanan tak payah la mintak plastik. tak pon bawak je bekas makanan sendiri.

Kalau kita boleh kurangkan penggunaan 4 beg plastik sehari untuk makan minum saje, kita boleh kurangkan pembaziran 1460 beg plastik setahun. Ajak la kawan2 skali kurangkan penggunaan beg plastik ni.

Khidmat masyarakat dari Ini Blog Sopan, Sayangilah Bumi Kita Sepertimana Kita Menyayangi Girlfriend/Boyfriend Kita.

No comments: