Tuesday, January 25, 2011

COKLET SEDAP!

Adeh! Tengkuk aku tetibe lak sakit ari ni. Dengan kelas kemain pack, dah la cuaca pon dah pandai main2. Kejap hujan kejap panas. Boxer aku dah tak rangup macam selalu. Aku pun satu, bukan dua, tak bawak payung lak ari ni. Terpaksa la redah beribu batu jauh nak pegi dekat kereta. Time camni la yang paling best. Awek2 se-kolej lari2 anak. Ah! Comel...


Sebelum Aku pegi makmal tadi panas, dalam setengah jam yang lepas tetibe je hujan. Cuaca sekarang memang susah nak ramal. Aku terpaksa tukar cita2 aku dari seorang pakar kaji cuaca kepada pembuat payung. Aku harap cita2 aku nanti akan membawa keuntungan kepada aku.


Time aku on the way balik tadi, tengah sedap2 aku melayan koleksi lagu amalina dan iwan, tetibe de je sorang pakcik tua tahan kereta aku kat tengah2 jalan. Nasib baik kaki aku laju. Cepat2 aku tekan brek, terseret tayar kereta sejauh 30meter. Kalau nak tau dulu aku la stuntman yang buat stunt dalam Evolusi k.l drift. Asalnya dapat jadi stuntman untuk 2 fast 2 furious tapi sebab tak cukup inci je aku kene rejek!


Berbalik pada pakcik tua tadi, dalam jarak lebih kurang 1inci je lagi aku nyaris terlanggar pakcik tu, kalau tak mesti pakcik tu dah bahagia di sana. Dengan muka selamba bak pierre andre, pakcik tu buat gaya macam orang tengah buat ais kacang. Aku tak berapa fasih bahasa orang2 tua ni. Dah lama aku pikir dalam 5minit baru aku paham maksudnya. Pakcik tu suruh aku turunkan cermin kereta, dia nak cakap dengan aku. Padan la aku tak dengar satu hape pon pakcik ni mencarut ape.


Dalam nada selamba tapi temengah-mengah, pakcik tua tu tanya aku soalan yang lagi susah dari soalan bernilai 1juta dalam who one to be a millionaire.


“Anak dah makan?”, pakcik ni buat2 muka suci.


“err...mesti la blom pakcik, saya kan baru je nak balik ni..nak belanje ke?”, aku jawap buat2 ramah macam dah kenal 20tahun


“haah!memang pakcik nak belanje kamu la ni, pakcik dari tadi dah tengok kamu macam letih je”, muke pakcik tua tetibe ceria berseri


“betul ke ni pakcik,heee, tapi saya tak kenal pakcik, pakcik jangan buat2 kenal saya lak!”, aku tetibe buat suara macam nak maki je


“eh! Pe pulak ni, pakcik nak bagi kamu coklet ni, pakcik dah tua tak boleh makan manis2, sebab tu pakcik bagi kamu”, pakcik siap kelip2 mate buat muka comel


“eh2, betul ke ni pakcik? Hee, ni coklet buat sendiri ni kan? Pandai pakcik buat”, aku sembang macam dah kat kedai kopi je


“betul la tu, memang buat sendiri, tapi anak gadis pakcik yang buat tau, cantik! Ayu lemah gemalai lagi”, pakcik tambah perisa sembang kedai kopi kami


Bila aku dengar je anak perempuan dia yang buat memang aku terus ambik la. Biar pon aku tak kenal anak dia tapi harap2 cun la kan, coklet ni mesti sedap. Kami pon berpisah la tak lama lepas tu. Pakcik tu siap selit no. Henpon anak dia lagi kat wiper kereta aku. Aku pon sengih tanda aka nada awek yang akan kena ngorat dalam masa tak sampai 2 minit.


Sampai je kat rumah aku tak hirau dah kat coklet buatan tangan pemberian pakcik tua tadi. Aku bagi pada kawan se=rumah. Dorang macam biasa, dapat makan free terkinja-kinja la macam beruk kena belacan. Aku amek henpon 3310 berkamera aku terus aku taip “hai awak yang comel”. tapi belum sempat aku tekan butang send tetibe je sorang kawan aku yang penah kena sengat tebuan tu menjerit.


Dia datang marah2 kat aku. Tanya aku siapa yang buat coklet tu, siapa yang bagi, buat dari apa dan macam2 lagi soalan bak inspektor polis soal siasat suspek kes bunuh dan kerat 18 je. Aku dalam takut dan blur aku jawap la selamba je cakap de pakcik tua bagi.


Kawan aku tadi nak lawan selamba dengan aku dengan lebih selamba dia jawap rasa coklet tu macam tahi, bau macam tahi, dan aku rasa memang tahi kot. Tapi aku tak sampai hati tengok kawan aku sambung makan habiskan coklet tu. Mungkin sedap sesedap ferrerereroroshhheeeiii.


Dalam kelam kabut campur serabut aku teringat cerita orang2 lama kat sini. Biasa tengah2 hari ada sorang pakcik gila yang berangan nak jadi orang kaya akan lalu kan jalan keluar masuk kat sini. Siapa yang layan pakcik tua tu biasanya akan terkena prank pakcik tua tu.


Bila aku ingat balik dari awal, dari balik, jumpa pakcik tua, pastu bagi coklet, sampai rumah, pastu kawan aku makan coklet rasa tahi, aku rasa aku dah terkena. Tapi aku rasa kawan aku lagi terkena. Terus aku tekan butang merah kt henpon aku tak jadi nak ngorat awek.


Aku terus naik katil buat2 tido mimpi awek2 kelas. Frust aku kena tipu dengan orang gila.


(cikgu aku dulu cakap, jangan percaya cerita2 camni, sah2 kena tipu!)

2 comments:

Imzainieyzulkipli said...

ok part - "Boxer aku dah tak rangup macam selalu". mmg xbley bla...

agak2 boleh x kalau boxer ko tue kering boleh dijadikan kudapan sambil tgk hani mlm nie???

huahauhauhauhuaha

PembunuhSenyap said...

owh...fyi, ak baru lepas tengok hani sambil kudap2 boxer rangup.

gahaha!