Friday, December 17, 2010

Bruno Mars-Just The Way You Are



Sebenarnya lagu camni susah nak masuk dalam jiwa aku
tapi bila aku dah dengar & try cari lirik lagu ni
aku rasa best gila, macam kena gak dengan kekasih hati aku
even part "her hair falls perfectly without her trying"
pasal walaupun bertudung tapi still kena sepit gak kat tepi
kalau tak mesti terkeluar sikit
so, lagu ni aku dedicate kat kekasih hati aku...
(jiwang???tak la...biasa la ni..AG COCO lagi jiwang)




Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying

She's so beautiful
And I tell her every day

Yeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe me
And its so, its so
Sad to think she don't see what I see

But every time she asks me do I look okay
I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Her nails, her nails
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy

She's so beautiful
And I tell her every day

Oh you know, you know, you know
Id never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the same

So don't even bother asking
If you look okay
You know I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

The way you are
The way you are
Girl you're amazing
Just the way you are

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are



p/s:disebabkan aku malas, aku post benda2 simple tapi cambest camni je.

Thursday, November 25, 2010

1 Semesta Dah Ku Harungi~

(pakai headphone, dengar lagu)

Setelah berkurun lama tak update blog ni, akhirnya hari ni
aku update la...saje2 takde keje.
aku tulis pun tak style mana, saje tulis.
Semalam last paper utk final exam, lega tak lega gak la
sebab bagi aku same je.
final exam n tak final exam same je, aku tetap malas study.

So, hari ni pe nak buat? sepatutnya pergi gambang waterpark.
Kena pegi, malu la kalau duk 3,4 tahun kat sini tak pernah pegi.
tapi hari ni pun terlepas gak nak pegi. Sebab?
ade la masalah sikit, miscommunication sikit pastu aku
terus takde mood.

aku duk pikir2 lagi pe nak buat hari ni, tetibe aku lost.
aku suka betul bile rase camni. huh~
last2 aku bukak youtube layan band2 perform live.
saje je nk tengok dorang perform live same ke tak dengan dalam
album, tengok dorang showmanship camne.

aku memang suke buat benda2 camni, tak payah pelik,
memang hobi aku.
So, first (sebut betul2...first) aku try bittersweet sebab
dorang dah de line-up baru. vocalist baru.
dengar cite pijie blah sebab buat bisnes.
vocalist baru pijan macam ok gak, rupa pun market kot.
tapi ak lagi suka pijie.

pastu aku teringat Liyana Jasmay, terus cari die perform live.
jumpa 1, perform aku tak percaya cinta.
aku baca comment dulu, de kata ur voice sucks!
aku rasa dah marah sikit dah, korang tau la aku n LJ spe kan?
tu yang nak marah tu, tengok comment lagi,
Liyana ni tiru avril je lebih!! aku tetibe sentap.
tapi takpe, aku try dengar. . . . . . . . . . . . . . . . . . .

ok, terpakse admit, part yang best cuma C.I.N.T.A
hahaha...laaa...LJ kan baru nak try2 nyanyi.
pasal tiru avril tu maybe dia inspire avril.
aku ingat nak download buat koleksi tapi lepas dengar live...
hampehhh~

| just macam bosan2 nak review pasal music.
aku sendiri tak tau music tu ape |

Tuesday, November 9, 2010

Hi Laptop! Gud Morning~

bangun tido aku pandang laptop
makan aku pandang laptop
nak tido aku pandang laptop lagi
dalam 24 jam sehari tak berape jam aku tenung kau laptop

tapi aku respect kat kau 1 je
kau tak pernah bising kat aku walaupun kau ngadap mke aku je
kadang2 aku marah kau sebab kau lembab tapi kau senyap je
baik betol hati kau kan laptop

aku je banyak bising kat kau
lembab sikit aku ketuk kepala kau
sian kau, tak salah pe pon kena marah
kena pukol lak tu, sakit tak? sori ea..

kau ikot je cakap aku kan laptop
aku klik kau pon ikot je
aku layan facebook kau pon buat muke seposen je
aku layan porno kau pon buat selambe je kan

haih~
baik betol kau laptop, memang baik
kalau la kau boleh bercakap mesti kau tengah marah sekarang ni kan?
tak pon kau malu kena ngadap orang macam aku

tapi memang aku harap kau boleh bercakap
boleh la kau marah aku bile aku malas study untuk exam
sibuk je dengan internet la, game la, muvi la
kau pon penat sebenarnye kan?

saba la ea laptop, 1 hari nanti kau dapat balasan
aku akan letak kau kat muzium peribadi aku nanti
sebagai tanda kenang kenangan
boleh la cucu cicit aku tengok kau nanti

di pagi yang sejuk2 ni, aku dah lama nak cakap kat kau bende ni
tapi aku malu, aku penyegan orangnye
tak caye tanye la kawan2 aku kalau kau tak caye laptop
aku sebenarnye, ish! malu la laptop...

ok2...aku dah kejut kau pagi2 ni
buang mase je kan kalau aku tak cakap
aku nak cakap hi laptop! gud morning~
boleh kite dating lagi hari ni? aku bosan la...


p/s:aku cuba menyelami perasaan seorang laptop, korang jangan kacau

Tuesday, October 12, 2010

Sila Kurangkan Penggunaan Beg Plastik (Lets Go Green!)

source:kosmo!online

Pegi kedai beli barang dapat beg plastik, tiap2 ari bli makanan dapat beg plastik. 2 kali sehari beli makanan kat kafe/kedai pastu bungkus bawak balik rumah campur lak dengan plastik air minuman.

Kita boleh kira sorang bazirkan 1460 beg plastik dalam setahun kalo amek kira beli makanan n minuman saje. kalo 1000 orang? Kat Malaysia saje de bape juta orang? Tu baru setahun, belum 5 ke 10 tahun. Tak ke bertimbun plastik2 kat bumi ni?

Ok, kenapa kita perlu kurangkan penggunaan beg plastik ni? Sebab plastik ni bende alah yang jenis susah nak terurai. Bahasa kampungnye susah nak reput la. Kena amek mase bertahun tahun baru reput. Kalo tanam pon susah nak reput.

Lagipon, plastik ni bile terbakar akan mengeluarkan macam2 jenis bahan kimia yang boleh merosakkan alam sekitar dan boleh mengancam kesihatan kita. Banyak keburukan jadi kita kena la kurangkan penggunaan beg plastik ni.

So, kalo kita rase bertanggungjawab nak selamatkan alam sekitar dan tak nak idup dalam timbunan plastik, kita cuba la kurangkan penggunaan beg plastik tu. Kalo agak2 beli barang kat kedai boleh pegang dengan tangan je sume barang tu tak payah la mintak plastik. Beli makanan tak payah la mintak plastik. tak pon bawak je bekas makanan sendiri.

Kalau kita boleh kurangkan penggunaan 4 beg plastik sehari untuk makan minum saje, kita boleh kurangkan pembaziran 1460 beg plastik setahun. Ajak la kawan2 skali kurangkan penggunaan beg plastik ni.

Khidmat masyarakat dari Ini Blog Sopan, Sayangilah Bumi Kita Sepertimana Kita Menyayangi Girlfriend/Boyfriend Kita.

Monday, October 11, 2010

3...2...1...Go!!

Hari ni bukak facebook baru aku tau de kemalangan ngeri kat n9. De la gak kebaikan facebook ni rupenye. Nak bace paper payah sangat, bukak facebook.

Kemalangan yang jadi tu libatkan 2 bas, 3 bijik kete dengan sebijik van. Yang tak tahan kete kena hempap la, pedih je rase. Ni yang tak leh blah ni, kadang2 kemalangan sebab orang lain, orang lain jadi mangse, dah sampai ajal, Innalillah....Takziah kepada semua yang terlibat.

source:mymetro

Biasa sangat aku tengok bas ni main race2, member aku yang balik jauh2 naik bas pon selalu cite driver bawak bas laju gile. Tak kire kat mane pon. Dengar cite kat genting lagi laju dorang drive. Alasan sebab nak kejar time untuk next trip.

Kalau sape2 nak tengok video ke gambar bleh la cari sendiri kat facebook tu. Banyak sangat dah orang share. Bukan nak aib orang tapi untuk pengajaran supaya jangan nak race2 kat jalan raya. Driver bas yang selalu bace blog ni gak beringat sikit. Ngko bawak orang ramai2 tak payah nak bahayakan nyawa orang.

Lagi 1, naik kete jangan lupa pakai seatbelt, macam aku tadi dari jauh dah nampak polis buat roadblock, siap kuar i.c n lesen tapi tak pakai seatbelt. Nasib baik abang polis tak perasan. Kang rugi siap awal2 kuar i.c n lesen pastu kena saman. Pakai seat bukan untuk elak kena saman tapi untuk keselamatan jalan raya.

Pesanan ringkas dari Ini Blog Sopan, disahkan oleh JAKIM.

Tuesday, August 17, 2010

Berlagak Ke Camni?

Muka aku tengah berlagak camni la kot
(pic source:fotomedia.com.my)


Ok, aku tanya terus kepada titik, berlagak tu apa? Sebenarnya definisi setiap benda ni berbeza bagi semua orang. Faktanya, kita takkan boleh buat setiap orang puas hati dengan apa yang kita buat.

Dulu aku anak orang kaya, bapak aku GM sebuah ladang kelapa sawit. Kalau orang panggil bapak aku encik, aku akan tanya kenapa tak panggil bapak, Tuan? Bila aku teringat balik apa yang aku dah buat dulu, bagi aku tindakan aku itu berlagak.

Sekarang aku bukan anak orang kaya lagi, bapak aku hanya seorang penternak. Tapi mak bapak aku belikan aku sebijik kereta, aku bawak pegi universiti supaya senang nak pegi kelas atau bergerak kemana-mana.

Sebelum ni aku bergerak kat universiti naik basikal je. Ke hulu ke hilir naik basikal. Ada orang kata benda macam ni pon berlagak. Contoh? "hek'eleh...berlagak betul mamat tu, sekarang dah ada kereta boleh la ke hulu ke hilir"

Kenapa? Nak aku naik basikal lagi ke? Aku ok je, cuma apa guna mak bapak aku bagi kereta. Kalau orang nak pinjam kereta aku memilih gak pasal dulu orang pinjam kereta aku, terlanggar lubang pastu bumper nak tercabut.

Nasib baik aku perasan kalau tak dorang buat bodoh je la macam takde apa-apa jadi. Sebab tu bila ada orang nak pinjam kereta orang cakap aku berlagak. Contoh? "Nak pinjam kereta kejap pon tak boleh. Kedekut! Belagak kau ek dengan aku, tunggu la kau susah nanti."

Aku bukan taknak bagi tapi kau bertanggungjawab tak kalau langgar lubang lagi?bumper nak tercabut lagi? Kau buat bodoh je kan. Aku rasa tertipu.

Bagi aku sesetengah orang berlagak bukan dorang nak berlagak. Tapi kadang-kadang dorang ada hak dan amanah yang perlu dijaga. Bukan kedekut, bukan berlagak. Tafsiran daripada diri kita sendiri yang perlu diubah.

Aku percaya ramai ada pengalaman dikata berlagak tapi hakikatnya bukan niat kita kan? Sila kongsikan pengalaman anda okeyh.

Thursday, August 12, 2010

Benarkah Lelaki Kidal....?

Mengikut kajian, lelaki kidal ni lebih kreatif dalam bidang seni. Selain tu gak lelaki kidal dikatakan lebih cekap dalam pengiraan matematik. Tapi kajian dari mana?

Kajian lagi. Kajian mendapati lelaki kidal lebih terdedah kepada risiko pertukaran jantina. Benarkah? Atau sekadar propaganda untuk menjauhkan gadis2 comel terhadap lelaki kidal kerana gadis2 comel sememangnya mahukan lelaki yang gagah perkasa ataupun lelaki tulen.

Kepada gadis2 comel diluar sana, jangan terlalu percaya dengan kajian sebegini ok.

~Apa pula kata anda readers sekalian???



Lefthended~rockkuuuuu!

Wednesday, August 11, 2010

Sudah Tukar Ka?

ok2, Sebenarnya takde isu pon atas pertukaran nama blog ni. Tak de kaitan dengan pertukaran nama penaja mahupun pertukaran kelab serta perpindahan pemain2 kat EPL.

Cuma untuk mengaktifkan kembali blog yang dah lama bersawang ni. Disebabkan aku ni agak suka mencarut, jadi blog ni dibuat atas kesedaran fizik dan juga dedikasi kepada semua wanita2 yang tak suka lelaki mencarut.

Jadi, dengan tagline yang diguna pakai blog ni tak kan post entri2 yang ada perkataan lucah, carutan dan seangkatan dengannya. Dengan ini, sempena Ramadan yang mulia ini marilah kita sama2 bersukan demi meningkatkan prestasi dan juga stamina kita.

Akhir kata, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!