Wednesday, February 2, 2011

50 SEN DAN PELAKON KOREA

Hari ni aku lunch makan nasi lauk ayam sekali dengan air nescafe ais. Aku bayar 5 ringgit tapi adik montel jaga kafe tu pulang balik kat aku 50sen. Aku kira-kira balik sepatutnya pulang balik seringgit 50sen. Aku pun tanpa segan silu suruh adik montel tu kira balik betul ke tak betul dia pulang baki. Last-last memang salah bagi baki.

Yang aku tak tahan ayat cover line baik punya.

“muka abang ni macam pelakon drama korea, terpesona saya sebab tu saya tersalah bagi baki ni .”

Kalau nak puji pun agak-agak la. Kalau dah sampai macam ni aku dah terasa macam kau perli aku je adik montel. Jangan sampai aku skuncuit sudah

Aku terus blah sambil adik montel terpinga-pinga tak tau skuncuit tu menatang hape.

1 comment:

zubir othman said...

Salam new blogger

nice blog...hehehe

jom singgah blog saya

http://zubir5588.blogspot.com
\segala komen dan cadangan adalah amat dialu-alukan...tq